APA ITU SEGAK ?
- Program penilaian SEGAK
- Dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
- Menggantikan Ujian Daya Tahan Asas (UDTA)
MATLAMAT
Agar murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.
UJIAN-UJIAN SEGAK
- Naik turun Bangku (3 minit)
- Tekan Tubi / Tekan Tubi Suaian (1 minit)
- Ringkuk Tubi Separa (1 minit)
- Jangkauan Melunjur (3 minit)
Ujian mesti diselesaikan pada hari yang sama. Setiap aktiviti mesti mengikut tertib dan berturut-turut. Sekiranya aktiviti pertama gagal disudahkan, maka ujian seterusnya tidak boleh dilaksanakan.
UJIAN 1:
TUJUAN : MENGUKUR DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR
PERALATAN : Bangku 30.5cm/1 kaki, jam randik, rakaman metronome 96 detik, radio,
speaker, kerusi, borang skor.
PENGURUSAN :
- Aktiviti dijalankan berpasangan
- Bangku diletak di atas lantai yang rata dan selamat
- Sediakan rakaman metronome 96 detik
- Pelajar memakai kasut sukan yang bersesuaian.
- Ambil kadar nadi murid (1 minit).
- Pelajar berdiri tegak dengan kaki kanan/kiri(ikut keselesaan) diletakkan di atas bangku.
- Penguji beri isyarat "mula".
- Pelajar melakukan perlakuan naik turun bangku (pelajar-pelajar boleh mengira naik, naik, turun, turun)---> keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku.
- Pelajar melakukan pergerakan mengikut rantak metronome (lebih kurang bunyi seperti ni.. tik tik tik tik, naik naik turun turun).
- Pelajar mesti memandang ke hadapan.
- Perlakuan mesti dilaksanakan dalam tempoh 3 minit.
- Selepas tamat, pelajar dikehendaki duduk serta merta.
- Kiraan nadi diambil.
UJIAN 2A:
TUJUAN : UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT TANGAN
SERTA OTOT BAHU
PERALATAN :
- Kawasan lapang dan rata.
- Span (5cm x 15cm panjang x 10cm tinggi).
- Jam randik.
- Tilam.
PENGURUSAN :
- Dilaksanakan secara berpasangan.
- Pelajar A melaksanakan ujian, pelajar B sebagai pencatat.
PROSEDUR :
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
- Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. (No Ulat bulu--> badan jatuh tapi punggung masih UP :D).
- Luruskan kembali tangan. (Di sini, baru dikira sekali lakuan dibuat).
- Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit.
- Sekiranya pelajar tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil kira setakat murid berhenti.
- Ujian ini akan ditamatkan sekiranya pelajar tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut 1-3.
PROSEDUR :
- Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus, lutut bengkok dan kaki disilang. Badan diluruskan.
- Turunkan badan sehingga dada menyentuh span.
- Luruskan kembali tangan.
- Tekan tubi dituruskan sehingga 1 minit. Skor dikira sekiranya pelajar melengkap prosedur 1-3. Sekiranya pelajar tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor dikira setakat murid berhenti.
- Ujian akan ditamatkan sekiranya pelajar tidak melakukan aktiviti secara sempurna (langkah 1-3)
UJIAN 3 : BANGKIT TUBI
TUJUAN : MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PERALATAN :
TUJUAN : MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN
PERALATAN :
- Pita lekat bersaiz 2.5cm
- Pita ukur
- Jam randik
- Metronome 50 detik
- Pelapik getah
- Penanda seperti pensel, lidi atau straw
PENGURUSAN :
- Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan pelaku.
- Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10cm.
PROSEDUR :
- Murid memakai kasut yang sesuai.
- Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah, tapak kaki murid sentiasa menyentuh lantai
- Buka kaki seluas bahu.
- Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh penanda pertama.
- Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah dapat menyentuh penanda kedua. Jarak penanda pertama dan kedua ialah 10cm.
- Bahagian badan kembali diletakkan rata di atas lantai seperti kedudukan sedia seperti di langkah 4.
- Murid mengulang lakuan 4-6 berulang kali mengikut rentak metronome 50 detik.
- Murid B mengira. Kiraan satu dikira, apabila murid menamatkan lakuan 4-6.
- Ujian dilaksanakan dalam tempoh 1 minit.
- Ujian tamat sekiranya :
- murid berhenti melakukan ujian.
- jari tidak menyentuh penanda kedua
- tumit diangkat
- tidak dapat mengikut rentak metronome dua kali berturut-turut
UJIAN 4 :
TUJUAN : UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PEHA DAN SENDI PINGGUL
PERALATAN : ALAT PENGUKUR JANGKAUAN DAN BORANG SKOR
PENGURUSAN :
- Gunakan alat pengukur jangkauan
PENGURUSAN
- Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletakkan di belakang penanda 23cm. (Jika alat pengukur jangkauan tidak tepat, minta Ketua Panitia pulangkan balik kepada pembekal.. :D)
- Kedua-dua kaki mesti lurus sepanjang ujian. Rakan boleh memegang lutut.
- Tapak tangan kanan ditindih atas sebelah tapak tangan kiri atau sebaliknya, ikut keselesaan. Pastikan hujung jari tengah sama.
- Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.
- Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat (freeze kejap :) ) Baru, jarak boleh dikira, kalau tersentap-sentap, jangan ambil ukuran.
- Murid diberi tiga percubaan. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter terhampir (bundarkan ke nombor bulat)
- Murid yang memegang lutut mestilah tidak mengganggu.